Wednesday, December 30

terlepas lagi...

ingatkan nak buat entry pasal Maal Hijrah gan Krismas...terlepas lagi terlupa lak sibuk pun ada, buat-buat sibuk pun ada tapi kenyataan nya malas he,he.

aku terpaksa he,he

hari sibuk dari pagi smpi petang banyak kerja. tiba-tiba ja bos minta gi sekali meeting. hu,hu lama sungguh tak presentation depan orang ramai. aku terpaksa... kalau boleh malas nak pergi walaupun benda yang dibuat senang saja...

Friday, December 11

nyamuk, sultan selangor birthday=cuti

nyamuk yang seekor asyik ajer mengigit aku. hampeh betul. jam hampir 3.45 pagi. apa perancangan untuk esok? hari lahir sultan selangor huh sedikit saja banner ucapan rakyat jelata tapi tidak apa esok cetakan selamat dari rakyat jelata dalam surat khabar berhelai-helai. cuti berturut-turut setiap jumaat pada bulan disember ini menenangkan kepala aku he,he. ah aku perlu mandi dulu sebelum tidur.

Friday, December 4

he,he cakap orang diri sendiri pun sama

telah dipadam,
kerana dia adalah kenangan,
selamat pengantin baru kenangan...

Hari Raya Korban

assalamualaikum, he,he Jumaat lepas 27/11/2009 kita menyambut AidilAdha. Hmm, seperti biasa aku tidak berkesempatan menulis. Asyik terlepas saja. Agak lama aku bercuti.

Friday, November 20

Elak Wahabi, berpegang Ahli Sunnah




mengapa wahabi tidak sesuai





ARTIKEL INI DI AMBIL DARIPADA MAJALAH AL-ISLAM CETAKAN NOVEMBER 2009. OLEH PROF DATUK DR. MAHMOOD ZUHDI ABDUL MAJID
DARI JABATAN FIQH & USUL FIQH (UIAM).

heh berjaya aku upload...

Tuesday, November 10

bahaya WAHABI?hmm aku baru tau

Bahaya Wahabi Oleh Roslan Ibrahim dan Mohd Fadly Samsudin rencana@hmetro.com.my

GERAKAN Wahabi diasaskan Imam Muhamad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703-1791). Beliau muncul ketika pengaruh mazhab Hambali sedang merosot dan umat Islam ketika itu melakukan pencemaran akidah seperti khurafat dan bidaah.

GERAKAN Wahabi diasaskan Imam Muhamad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703-1791). Beliau muncul ketika pengaruh mazhab Hambali sedang merosot dan umat Islam ketika itu melakukan pencemaran akidah seperti khurafat dan bidaah.Perkembangan fahaman berkenaan di Malaysia kebanyakan dibawa pelajar yang pernah menuntut ilmu agama di negara Arab yang terpengaruh dengan ajaran itu.

Kehadiran golongan itu di sini dapat dirasakan berikutan ada pengikutnya berani mencerca ulama ahlu Sunnah Wal-Jamaah termasuk amalan sunat yang terdapat dalam ajaran Islam seperti doa qunut dan berzikir selepas solat.Aliran Wahabi ibarat api dalam sekam dan boleh mengancam negara dan menyebabkan umat Islam bergaduh sesama sendiri jika tidak dibendung pihak berkuasa agama di Malaysia.Mereka juga seperti musuh dalam selimut kerana sukar untuk mengenal pasti golongan ini apatah lagi mereka turut hadir dalam majlis agama, bersolat di masjid atau surau dan tidak mengaku diri mereka pengikut ajaran Wahabi.

Bagaimanapun, secara halus mereka menyusup dalam kelompok masyarakat Islam di negara ini dengan menghina mazhab Ahlu Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi rujukan umat Islam dengan membawa Islam mudah sehingga masyarakat keliru.Mazhab Ahlu-Sunnah dalam syariat beragama sangat penting bukan saja kepada umat Islam sendiri, malah seluruh masyarakat. Fahaman Wahabi turut menolak ijmak dan qias.

Ijmak ialah persepakatan dalam hukum syarak di kalangan umat Islam dari satu zaman ke satu zaman selepas Nabi Muhamad s.a.w wafat.Ini jelas dibuktikan dengan firman Allah s.a.w yang bermaksud: "Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman. Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." (Surah an-Nisaa', ayat 115).Jadi, wajib kita mengikut apa yang diputuskan ijmak kerana ia senarai yang ketiga terpenting daripada sumber perundangan Islam.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pemantauan Akidah dan Pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Ustaz Mahfuz Mohamad, fahaman Wahabi bertapak di negara ini sejak awal tahun 1900 apabila Sheikh Abdul Hadi membuka sekolah agama di Melaka."Bagaimanapun, sekolah itu tidak mendapat sambutan dan beliau berpindah ke Pulau Pinang. Melalui sekolah itu lahir tokoh fahaman Wahabi iaitu Sheikh Abu Bakar al-Ashaari."Selepas menamatkan pengajian di sekolah terbabit pada tahun 1925 beliau menyambung pengajiannya di Mesir dan pulang ke negara ini pada tahun 1932."Beliau menyebar fahaman Wahabi di Pulau Pinang, tetapi mendapat tentangan hebat ramai tokoh ulama ahlu Sunnah, antaranya Sheikh Abdullah Fahim. "Beliau lari ke Kedah dan kemudian menetap di Perlis bagi menyebarkan fahaman Wahabi," katanya.Mahfuz berkata, ketika itu ia dinamakan fahaman muda atau mudah kerana mereka selalu bermudah-mudahan. Ini dicatatkan di dalam Kitab Senjata Syariat yang diterbitkan pada tahun 1953 khas bagi menjawab gerakan Wahabi oleh tiga tokoh ulama besar ketika itu: Sheikh Abdullah Fahim, Haji Ahmad Tun Hussein Pokok Sena dan Sheikh Abdul Rahman Abdullah Merbok. Abu Bakar as-Ashaari pernah menerbitkan buku bertajuk Ibadah Rasulullah s.a.w yang menimbulkan keraguan kerana 'menjelmakan' petua menghalalkan memakan biawak, ular, labi-labi dan penyu. "Di dalam buku itu, Abu Bakar as-Ashaari mencaci amalan bermazhab yang dikatakan haram dan bidaah dalal."

Ulama ketika itu sudah memberi amaran bahawa gerakan Wahabi sudah menyusup dalam masyarakat dan perlu membendung segera," katanya.Hasil ketegasan ulama sebelum ini, fahaman Wahabi kian menyepi, tetapi kini muncul kembali berikutan banyak kelonggaran yang diberikan kepada sesiapa sahaja atas 'tiket' menyebarkan Islam."Golongan Wahabi tidak berpegang kepada mana-mana mazhab kononnya hanya berpegang kepada al-Quran dan hadis."Tetapi, sejarah membuktikan ramai tokoh tersohor Islam seperti Imam Nawawi, Imam al-Ghazali, Termidzi, Bukhari dan Muslim berpegang kepada mazhab yang empat itu," katanya.

Katanya, tuduhan Wahabi terhadap beberapa amalan yang sudah menjadi kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia seperti doa qunut, membaca al-Quran di atas kubur dan wirid selepas solat membuatkan umat keliru. Merujuk kepada buku Makna Sebenar Bid'ah : Satu Penjelasan Rapi yang dikarang oleh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari yang turut disemak oleh Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Murtadza Ahmad, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya serta Yang di Pertua Persatuan Ulama Malaysia, Saleh Ahmad menyebutkan ulama bersepakat mengenai pembahagian bid'ah antara yang terpuji dan tercela.

Orang pertama yang mengatakan demikian ialah Umar r.a.Ulama juga bersepakat bahawa sabda Rasulullah s.a.w yang menyebutkan: "Setiap yang bid'ah itu sesat" adalah hadis umum yang perlu dikhususkan.Imam al-Syafie berkata: "Setiap yang mempunyai sandarannya dari sudut syarak, bukannya bid'ah sekalipun tidak diamalkan oleh generasi salaf. Mereka meninggalkan perkara itu mungkin kerana keuzuran."Al-Imam Ibn Lub dalam menyangkal pendapat golongan yang tidak menyenangi amalan berdoa selepas sembahyang mengatakan perkara berkenaan tidak diamalkan generasi salaf. Namun, tidak mungkin mengatakan hukumnya haram atau makruh kerana perkara yang dilakukan itu mempunyai asas dalam syarak. Mengenai amalan membaca wirid beramai-ramai selepas sembahyang. Memang ia tidak pernah berlaku pada zaman Nabi s.a.w, tetapi tidak haram.

Sesiapa yang mendakwa amalan ini diharamkan bererti dia melakukan pembohongan atas nama Allah s.w.t.Pengharaman amalan itu tidak disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah. Hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah menyebutkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidaklah berkumpul satu kaum di dalam rumah Allah sambil membaca al-Quran dan mengulangkaji antara sesama mereka melainkan turunlah kepada mereka ketenangan, dan mereka diliputi oleh rahmat dan dinaungi oleh malaikat, dan Allah menyebut perihal mereka kepada makhluk yang di sisiNya."Hadis ini memberikan kefahaman bahawa membaca al-Quran secara beramai-ramai di dalam masjid adalah disyariatkan.

Dalam Sahih Muslim terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asya'ari daripada nabi s.a.w yang bersabda yang maksudnya: "Selalulah membaca al-Quran, demi Dia Yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, al-Quran itu lebih mudah terlepas (hilang) daripada unta yang diikat." (Muslim. Kitab Salah al-Musafirin (231/791).Kesimpulannya, dari segi tauhid, fahaman Wahabi bukan ajaran baru atau termasuk antara 73 cabang ajaran sesat, cuma ia boleh menimbulkan suasana tegang dalam masyarakat Islam kerana pendekatan yang diambil terlalu mudah tetapi bahaya.

INFO Amalan dalam fahaman Wahabi antaranya:

Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan Ibnu Taimiyyah
Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab, malah boleh berpegang antara satu sama lain (Talfiq)
Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias :-
Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan)
Melarang ziarah kubur walaupun makam Rasulullah s.a.w
Menghancurkan tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik
Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya
Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Israk Mikraj dan lain-lain
Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya
Fahaman Asa'ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh
Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah
Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah s.a.w
Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan, tetapi boleh baca dengan lurus sahaja
Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang
Amalan tariqah dilarang sama sekali
Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras

Rujukan :-
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20091106101829/Article/indexv_html
-19/11/2009-aku telah mencari beberapa artikel mengenai isu Wahabi nanti ada masa aku akan uploadkan. terima kasih.

Monday, November 9

tika hangat kempen "boycott ISRAEL"




salam, erm pada beberapa bulan yang lalu hangat diperkatakan kempen "Boycott ISRAEL" maka disini saya lampirkan beberapa flyer tika kempen itu dijalankan.








Saturday, October 31

2 bulan lagi

salam, tiba-tiba rajin untuk menulis post. masa makin cepat berlalu lebih kurang 2 bulan lagi kita kan melangkah ke tahun baru. Aku?hmm masih seperti dulu. sebenarnya agak kecewa dengan berat badan yang semakin naik ini. tiada apa bahan yang boleh ditulis. sudah jarang memerhati gelagat orang. diri ini sibuk?biasanya buat-buat sibuk.he,he.

Monday, October 5

20/09/2009 Ahad raya puasa pada tahun 2009

maaf kemalasan aku telah menyebabkan lambat menulis tentang raya. raya pada tahun ini, meriah macam biasa. cuma yang tinggal yang bujang saja. hmm, makin tua aku nie. melihat karenah anak-anak saudara mengingatkan aku pada zaman kanak-kanak. aku rasa aku tidak menikmati zaman muda sepenuhnya, huh,

lagu raya tidak habis-habis di radio

hmm, raya dah hampir 2 minggu lebih berlalu. lagu raya berkumandang lagi di radio. kadang-kadang rasa tidak sesuai saja. tapi apa yang boleh buat lagu masih berkumandang hasil permintaan juaga kan.

Thursday, September 17

esok balik kampung untuk raya

hari yang ditunggu makin tiba,
diri ini gembira tak terkata,
walaupun diri ini dah agak tua,
apala salahnya kadang kala.
Lebaran bakal menjelang. Aku akan menghabis masa di kampung sepanjang minggu depan. Aura raya ini masih ada dalam diri ini. Kadang-kadang aku rasa suasana pada masa ini lebih ceria. Kenapa ya? Mungkin kini aku semakin menghargai saat-saat yang dilalui dalam hidup aku. Dan aku merasakan aku lebih alert pada kehidupan aku.

Monday, September 14

berbuka sorang-sorang

hmm, hari ini menu berbuka aku nasi lemak sambal ikan bilis dua bungkus . 1 bungkus RM1.20. Popiah goreng RM 2.00 dapat dalam 5 ketul. Dengan air soya berharga RM 1.00. Okla tu nak alas perut ja. Aku berbuka alone kat office sebenarnya. Bukannya apa sebab aku ada hal pukul 8.00 malam ini kalau balik rumah jauh la pulak nak patah balik. Wah, lagi 2 minit 7.13 malam waktu berbuka. Ok la chow dulu. Selamat berbuka. Sedihnya, nasi lemak ni masin la.

Friday, August 28

kemalangan langgar traffic light merah


semalam aku balik dari pejabat kira-kira pukil 7.00 malam. Hujan masih renyai-renyai. Kalau boleh ingin cepat sampai ke rumah berbuka puasa di rumah. Seperti biasa aku menunggang motosikal sepantas mungkin. Bila sampai di simpang bertingkat ke Pandan Indah traffic light merah. Dek tahap kesabaran dah hilang aku terus membelok ke kanan ke arah Kuala Lumpur. Kebiasaan memang banyak motosikal akan membelok ke kanan sekiranya tidak ada kenderaan. Aku pasti traffic di bahagian sana pun merah. So dengan yakinnya aku membelok. Tiba-tiba aku dilanggar oleh satu couple yang menunggang motosikal. Aku terdiam, tergamam.
Lagi mengelabah bila polis ada di kawasan aku kemalangan itu. Tetapi mungkin kerana hanya kemalangan kecil walaupun aku dengan couple tersebut kedua-duanya memang bersalah kerana melanggar traffic light merah. Situasi ini hanya berlaku lebih kurang 1 minit saja. Aku terjatuh calar sikit kat kaki dengan brek motosikal membengkok. Couple tu nampaknya macam ok saja.
Aku sendiri tidak pasti wajah dan motosikal yang mereka tunggang. Kerana keadaan di situ yang jam apa yang pasti memang aku cepat-cepat ingin pergi dari situ. Dengan selamba aku cakap yang aku sakit perut kepada couple tersebut sebab itu aku melanggar traffic light. Kelakar juga jawapan spontan aku bila difikir balik.Alasan orang yang bersalah. Ha,ha. Berbalik pada kemalangan tadi. Diorang minta maaf dan terus berlalu pergi. So am I la. Gabra juga tunggu lama-lama. Cuma agak terkilan tidak sempat tanyakan keadaan diorang teruk ke. Aku dah 1 hari jalan capik sikit. lebam kaki ini. brek moto bengkok pulak tue. Pengajaran pada aku ialah jangan sesekali melanggar traffic light merah lagi.
Tidak terjadi perbalahan mungkin kerana kedua-dua memang bersalah dan kecederaan pada motosikal dan penunggang tidak teruk. Sekiranya agak teruk mungkin aku dah ada berada di balai polis terpaksa la buat report dan sememang aku didapati bersalah melanggar traffic light merah. Alhamdulilah ketiga-tiga tidak cedera. Entah la sebenarnya aku tidak pasti samada diorang cedera atau tidak. So, aku minta maaf pada korang ya & selamat berpuasa.

Thursday, August 27

Kelebihan Solat Terawih malam 1-10


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama

Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.


2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua

Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.


3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.


4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat

Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima

Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.


6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.


7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.


8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan

Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.


9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.


10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

Ramadan Al-Mubarak


salam, selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak. Sabtu, 29/8/2009 genap seminggu kita berpuasa. Oleh yang demikian, kesempatan yang harus ada diambil sempena bulan yang mulia ini dengan meninggalkan apa yang dilarang. Mungkin juga kita boleh mengambil kesempatan ini untuk berubah. Contohnya ingin berubah dari segi perangai kita yang sebelum ini so bad. Dari solat yang tidak pernah cukup 5 waktu cuba cukupkan. Biar perlahan-lahan asalkan kita ada nawaitu ingin berubah. am I right? alhamdulilah aku berjaya solat terawih 4 hari pada awal ramadan tahun ini. harap-harap ini berterusan.
Ya Allah ampunkan dosa-dosa aku.
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama (Jumaat 21/8/2009)
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua (Sabtu 22/8/200)
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga (Ahad 23/8/2009)
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima (Selasa 25/8/2009)
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
SO, APA TUNGGU LAGI JOM KITA MEMAKMURKAN MASJID PADA BULAN RAMADAN INI DAN
BULAN-BULAN YANG SETERUSNYA...wasalam

Tuesday, July 28

tension ke?

entah la hari ni rasa macam semacam jer kerja hari ini. macam terlalu banyak kerja. entah la.

birthday awek lama

yang tinggal cuma kenangan

Friday, July 10

kisah selepas jumaat

aku sering perasaan lelaki yang muda mungkin dalam 20an memimpin pakcik tua mungkin ayah atau datuknya. memimpin tangan , menyediakan kerusi dan solat jumaat sebelah ayahnya setiap minggu pada hari jumaat. aku kagum dengan sikap mamat itu. setahun berlalu ketika kali pertama melihat pakcik dan anaknya tue. setiap minggu aku aku ke masjid yang sama cuma kadang beralih angin pula. hari ini kebetulan aku solat berdekatan dengan mereka. erm sebenarnya dah terlupa kerana dah jarang solat di masjid tersebut. cuma perubahan yang ada mereka solat jumaat di dalam berbanding di koridor. pakcik di harap semakin sihat yer. insyallah.

Monday, July 6

balik kampung & kenduri

sebulan yang lepas aku balik kampung kerana menghadiri kenduri sahabat baik dari kecil lagi dan juga beberapa sahabat semasa zaman sekolah menengah dan semasa kenduri. Sebenarnya, pada bulan 6 tersebut terdapat lebih kurang 5 jemputan perkahwinan. Hmm, maka terpaksa buat pilihan yang terbaik. Ikut hati memang ingin sangat pergi kenduri sahabat di Kajang. Tetapi tidak ada pilihan kerana aku telah berjanji akan datang ke kenduri di kampung. Hari ini, aku baru tiba ke KL kerana menghabiskan cuti hujung minggu di kampung. Merasakan cuti yang singkat ini sangat bermakna berbanding menghabiskan masa 2 hari di KL. Erm, sayangnya tidak sempat berjalan-jalan mengimbau kembali zaman persekolahan yang telah berlalu dengan pergi menaiki motorsikal sambil lalu di sekolah lama. Sedangkan itu adalah rutin yang aku selalu lakukan ketika balik kampung. Tidak sempat.

Sunday, June 28

mungkir janji

selepas tamat SPM aku telah ditawarkan belajar di Universiti yang diidam-idam oleh majoriti pelajar bumiputera terutama aku yang lahir dalam keluarga yag sederhana. Alhamdulilah. Dan aku telah berjanji pada mak aku yang akan call dia setiap minggu samaada hari Rabu atau Khamis. Ya, aku kotakan janji itu dengan call mak setiap minggu. Waktu itu, kebanyakan menggunakan telefon awam. Cuma janji aku itu hanya tertunai ketika aku masih menuntut semasa Diploma. Ketika menyambung pengajian dalam Ijazah mungkin sekali atau dua kali sahaja aku call mak. Selepas tamat pengajian dan bekerja jarang lagi aku mencall mak. maaf ya mak. Abang akan usahakan juga balik 1 dalam seminggu dan call dan sms sekerap mungkin. Mak abang memang ingin sentiasa dengan mak. Kalaulah abang dapat kerja di kampung. Abang menyayangi mak.

xx/x/19xx

SELAMAT TINGGAL,
MEMORI AKU,
KAU KENANGAN TERINDAH BAGI KU,
SELAMAT PENGANTIN BARU
PADA BULAN 12 INI,

DIUCAPKAN KALIAN BAHAGIA ,
HINGGA KE ANAK CUCU,
IKHLAS DARIPADA SAHABAT LAMAMU,

Thursday, June 25

2 minit lagi pukul 10.00 malam

perut dah lapar ni. 2 hari berturut-turut makan burger. hari ini nak cuba nasi goreng paprik pula. tapi mungkin burger ok juga kot. umur baru 20an perut nampak macam bapak orang dah. bila agaknya nak bersenam nie?? apa salahnya kan member aku yang rajin bersenam pun lebih kurang jer perutnya. 10.01 malam tamat. aku nak balik.

selamat hari bapa


"selamat hari bapa, semoga abah panjang umur dan sihat walafiat di samping emak".

Ini merupakan mesej ringkas untuk abah ingin aku sampaikan pada Hari Bapa hari Ahad lepas (21/6/2009) tetapi entah kenapa tangan ini berat untuk menaipnya . Alasannya mungkin aku tidak ada kredit hp pada masa itu. Sesungguhnya abang menyayangi abah dengan mak lebih dari yang lain. Mungkin abang tidak berupaya menunjukkannya. Maaf ya abah, tidak mengucapkan Selamat Hari Bapa sedangkan setiap tahun tidak pernah lupa mengucapkan pada mak. Abang menyayangi abah seperti mana menyayangi mak. Tidak sanggup kehilangan mak dengan abah. Semoga sihat walafiat sentiasa.

Ya Allah, aku pohon padaMu berikan kesihatan yang baik pada mereka berdua. Jauhkan mereka dari sebarang malapetaka. Murahkan rezeki mereka. Amin.

Gambar burung hantu itu di ambil dari http://www.flickr.com/photos/via/2584883039/sizes/l/ .tq.

Saturday, June 20

alamak, 12.15 malam

masih dalam office mengupdate blog mungkin kerana tahap keterujaan dan keghairahan untuk menulis blog. aku bersendirian pada masa ini di pejabat. sahabat-sahabat telah lama pulang. hujung minggu ini bukanlah kebiasaan aku menjalani kehidupan kuala lumpur seperti teman-teman lain. lebih baik tidur lagipun duit aku hanya tinggal RM30 saja. Minggu depan harap gaji masuk awal. Tidak la sengkek sangat. heh, heh. Minggu depan banyak kerja pejabat perlu disiapkan. Aku ingin berehat malam ini. Hujung minggu merupakan hari bercuti untuk diri sendiri. Jarang atau tidak pernah aku membawa kerja pejabat ke rumah kecuali terdesak. Aku suka menghabis kerja pejabat di pejabat walaupun mengambil masa paling lewat 9.00 malam pada hari bekerja. Seminit lagi 12.30 malam. Diri ini beransur dulu. Mungkin minggu depan aku rajin mencatatkan sesuatu?? entahla.

Friday, June 19

Kelas IQRA Masjid Al Ghufran, TTDI


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
" Barang siapa memperdengarkan satu ayat dari kitab Allah S.W.T maka dicatatkan untuknya hasanah berganda dan barang siapa membaca satu ayat dari kitab Allah S.W.T , maka ayat itu merupakan nur baginya kelak di hari kiamat".

Kelas IQRA Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur (YSAQKL)



Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda
"Barang siapa hendak berdialog Allah SWT maka bacalah Al-Quran".

KEMBALI MENGAJI? artikel dari majalah NUR



hooray, akhirnya berjaya juga meng"upload"kan artikel ini.
moga sedikit sebanyak dapat memberi panduan.
Saya akan uploadkan artikel mengenai Kelas IQRA di :-
i-Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur
ii-Masjid Al Ghufran, TTDI

Wednesday, June 17

tidak pandai membaca Al-Quran?


Topik yang mula-mula sekali yang ingin diperkatakan adalah tentang kepandaian dan kelancaran anda samada golongan dewasa lelaki atau wanita diluar sana dalam tentang kemahiran membaca Al-QURAN. Sejak kecil lagi aku tidak memiliki kepandaian mengingati dan kelancaran membaca kitab suci. Dirinya hanya boleh memahami dan mengeja huruf jawi dikala Ting 1. Sedangkan aku belajar di sekolah agama rakyat sejak berumur 7-12 tahun. Bayangkan. Aku tidak menyalahi keluarga atas kelemahan diri ini. Diri ini sering terasa dan cemburu pada mereka yang pandai membaca kitab suci ini. Kini aku sekitar 20an dan telah bekerja. Sekitar tahun 2006 ketika menjalani praktikal aku telah terbaca artikel dalam majalah Nur yang bertajuk KEMBALI MENGAJI...bukan pilihan tetapi KeWAJIPAN hati ini tersentak seketika. Menyedari kekurangan diri. Ketika melanjutkan pelajaran di Universiti aku pernah ke mencari tempat untuk belajar mengaji. Tetapi mungkin pada ketika itu peluang serta masa yang terhad aku tidak berkesempatan lagi. aku sering tertanya adakah cuma aku yang berkeadaan begini? semoga ada usaha dari pihak universiti khususnya dari pusat Islam cuba mencari pelajar-pelajar Islam yang tidak mahir mengaji. Percayalah mereka ingin belajar tetapi tidak memiliki sumber di mana tempat untuk belajar mengaji terutamanya pada diri mereka yang telah dewasa ini. Malu?Segan? ada dalam diri ini kerana kekurangan ini. Aku bukan la sempurna mengerjakan solat cukup 5 waktu setiap hari. Tetapi mencuba membaiki diri ini. Menginjak dewasa membuatkan diri untuk berubah. Pada sesiapa yang ingin memcuba sila mendaftarkan diri anda di Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur yang terletak Jalan Yap Ah Shak.

Pada sesiapa yang ingin berubah tidak kira siapa anda samada anda penagih, lesbian, gay, pengkid dan sebagainya mungkin ini langkah pertama untuk berubah. Siapalah saya untuk untuk menghakimi anda. Cuma ini merupakan cadangan ikhlas dari saya. Tidak perlu anda merasa malu kerana tidak siapa yang akan mengetahui kisah silam anda. Andai anda merasa anda tidak pandai, lancar, tidak tahu usah la risau kerana kelas IQRA ini akan mengajar anda dari awal huruf serta sebutan bacaanya. Malahan jadual kelas juga fleksibel pada yang bekerja sendiri atau swasta. Bergantung pada kesenggangan anda. Tetapi diharap ada kesungguhan . Tidak mengenakan bayaran dan percuma. Cuma anda kena mengeluarkan sedikit duit utk membeli buku IQRA 1-6, buku tajwid dan yuran pendaftaran.


Ini merupakan blog yang saya terjumpa sekitar 2007. Blog ini ada keterangan lanjut tentang Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur .

Sekiranya ada masa saya akan uploadkan artikel-artikel tentang kelas-kelas mengaji sekitar WPKL & SELANGOR yang terdapat dalam majalah Nur itu.

salam perkenalan & akhirnya jari-jari ini menari juga







assalamualaikum, aku sendiri tidak pasti ingin mengarang apa. Terlalu banyak perkara yang ingin diperkatakan. Aku adalah lelaki yang menjalani kehidupan yang biasa saja. Biasa ke? Boleh la ha,ha. aku cuma lelaki yang biasa, bukan yang luar biasa yang berhasrat menulis blog sekian lama namun akibat sifat kemalasan yang melampau maka akhirnya dengan sisa-sisa kerajinan yang masih ada aku gagahi juga menulis. maaf ya aku tidak la sekacak Brad Pitt, macam yang dikatakan aku cuma lelaki yang biasa dilahirkan sempurna fizikalnya. Yang sebenarnya, semoga jari-jari yang menari buat kali pertama kalinya tidak berhenti cuba menulis, nulis sesuatu kerana kemalasan diri sendiri.kah,kah.