Sunday, June 28

mungkir janji

selepas tamat SPM aku telah ditawarkan belajar di Universiti yang diidam-idam oleh majoriti pelajar bumiputera terutama aku yang lahir dalam keluarga yag sederhana. Alhamdulilah. Dan aku telah berjanji pada mak aku yang akan call dia setiap minggu samaada hari Rabu atau Khamis. Ya, aku kotakan janji itu dengan call mak setiap minggu. Waktu itu, kebanyakan menggunakan telefon awam. Cuma janji aku itu hanya tertunai ketika aku masih menuntut semasa Diploma. Ketika menyambung pengajian dalam Ijazah mungkin sekali atau dua kali sahaja aku call mak. Selepas tamat pengajian dan bekerja jarang lagi aku mencall mak. maaf ya mak. Abang akan usahakan juga balik 1 dalam seminggu dan call dan sms sekerap mungkin. Mak abang memang ingin sentiasa dengan mak. Kalaulah abang dapat kerja di kampung. Abang menyayangi mak.

xx/x/19xx

SELAMAT TINGGAL,
MEMORI AKU,
KAU KENANGAN TERINDAH BAGI KU,
SELAMAT PENGANTIN BARU
PADA BULAN 12 INI,

DIUCAPKAN KALIAN BAHAGIA ,
HINGGA KE ANAK CUCU,
IKHLAS DARIPADA SAHABAT LAMAMU,

Thursday, June 25

2 minit lagi pukul 10.00 malam

perut dah lapar ni. 2 hari berturut-turut makan burger. hari ini nak cuba nasi goreng paprik pula. tapi mungkin burger ok juga kot. umur baru 20an perut nampak macam bapak orang dah. bila agaknya nak bersenam nie?? apa salahnya kan member aku yang rajin bersenam pun lebih kurang jer perutnya. 10.01 malam tamat. aku nak balik.

selamat hari bapa


"selamat hari bapa, semoga abah panjang umur dan sihat walafiat di samping emak".

Ini merupakan mesej ringkas untuk abah ingin aku sampaikan pada Hari Bapa hari Ahad lepas (21/6/2009) tetapi entah kenapa tangan ini berat untuk menaipnya . Alasannya mungkin aku tidak ada kredit hp pada masa itu. Sesungguhnya abang menyayangi abah dengan mak lebih dari yang lain. Mungkin abang tidak berupaya menunjukkannya. Maaf ya abah, tidak mengucapkan Selamat Hari Bapa sedangkan setiap tahun tidak pernah lupa mengucapkan pada mak. Abang menyayangi abah seperti mana menyayangi mak. Tidak sanggup kehilangan mak dengan abah. Semoga sihat walafiat sentiasa.

Ya Allah, aku pohon padaMu berikan kesihatan yang baik pada mereka berdua. Jauhkan mereka dari sebarang malapetaka. Murahkan rezeki mereka. Amin.

Gambar burung hantu itu di ambil dari http://www.flickr.com/photos/via/2584883039/sizes/l/ .tq.

Saturday, June 20

alamak, 12.15 malam

masih dalam office mengupdate blog mungkin kerana tahap keterujaan dan keghairahan untuk menulis blog. aku bersendirian pada masa ini di pejabat. sahabat-sahabat telah lama pulang. hujung minggu ini bukanlah kebiasaan aku menjalani kehidupan kuala lumpur seperti teman-teman lain. lebih baik tidur lagipun duit aku hanya tinggal RM30 saja. Minggu depan harap gaji masuk awal. Tidak la sengkek sangat. heh, heh. Minggu depan banyak kerja pejabat perlu disiapkan. Aku ingin berehat malam ini. Hujung minggu merupakan hari bercuti untuk diri sendiri. Jarang atau tidak pernah aku membawa kerja pejabat ke rumah kecuali terdesak. Aku suka menghabis kerja pejabat di pejabat walaupun mengambil masa paling lewat 9.00 malam pada hari bekerja. Seminit lagi 12.30 malam. Diri ini beransur dulu. Mungkin minggu depan aku rajin mencatatkan sesuatu?? entahla.

Friday, June 19

Kelas IQRA Masjid Al Ghufran, TTDI


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
" Barang siapa memperdengarkan satu ayat dari kitab Allah S.W.T maka dicatatkan untuknya hasanah berganda dan barang siapa membaca satu ayat dari kitab Allah S.W.T , maka ayat itu merupakan nur baginya kelak di hari kiamat".

Kelas IQRA Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur (YSAQKL)



Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda
"Barang siapa hendak berdialog Allah SWT maka bacalah Al-Quran".

KEMBALI MENGAJI? artikel dari majalah NUR



hooray, akhirnya berjaya juga meng"upload"kan artikel ini.
moga sedikit sebanyak dapat memberi panduan.
Saya akan uploadkan artikel mengenai Kelas IQRA di :-
i-Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur
ii-Masjid Al Ghufran, TTDI

Wednesday, June 17

tidak pandai membaca Al-Quran?


Topik yang mula-mula sekali yang ingin diperkatakan adalah tentang kepandaian dan kelancaran anda samada golongan dewasa lelaki atau wanita diluar sana dalam tentang kemahiran membaca Al-QURAN. Sejak kecil lagi aku tidak memiliki kepandaian mengingati dan kelancaran membaca kitab suci. Dirinya hanya boleh memahami dan mengeja huruf jawi dikala Ting 1. Sedangkan aku belajar di sekolah agama rakyat sejak berumur 7-12 tahun. Bayangkan. Aku tidak menyalahi keluarga atas kelemahan diri ini. Diri ini sering terasa dan cemburu pada mereka yang pandai membaca kitab suci ini. Kini aku sekitar 20an dan telah bekerja. Sekitar tahun 2006 ketika menjalani praktikal aku telah terbaca artikel dalam majalah Nur yang bertajuk KEMBALI MENGAJI...bukan pilihan tetapi KeWAJIPAN hati ini tersentak seketika. Menyedari kekurangan diri. Ketika melanjutkan pelajaran di Universiti aku pernah ke mencari tempat untuk belajar mengaji. Tetapi mungkin pada ketika itu peluang serta masa yang terhad aku tidak berkesempatan lagi. aku sering tertanya adakah cuma aku yang berkeadaan begini? semoga ada usaha dari pihak universiti khususnya dari pusat Islam cuba mencari pelajar-pelajar Islam yang tidak mahir mengaji. Percayalah mereka ingin belajar tetapi tidak memiliki sumber di mana tempat untuk belajar mengaji terutamanya pada diri mereka yang telah dewasa ini. Malu?Segan? ada dalam diri ini kerana kekurangan ini. Aku bukan la sempurna mengerjakan solat cukup 5 waktu setiap hari. Tetapi mencuba membaiki diri ini. Menginjak dewasa membuatkan diri untuk berubah. Pada sesiapa yang ingin memcuba sila mendaftarkan diri anda di Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur yang terletak Jalan Yap Ah Shak.

Pada sesiapa yang ingin berubah tidak kira siapa anda samada anda penagih, lesbian, gay, pengkid dan sebagainya mungkin ini langkah pertama untuk berubah. Siapalah saya untuk untuk menghakimi anda. Cuma ini merupakan cadangan ikhlas dari saya. Tidak perlu anda merasa malu kerana tidak siapa yang akan mengetahui kisah silam anda. Andai anda merasa anda tidak pandai, lancar, tidak tahu usah la risau kerana kelas IQRA ini akan mengajar anda dari awal huruf serta sebutan bacaanya. Malahan jadual kelas juga fleksibel pada yang bekerja sendiri atau swasta. Bergantung pada kesenggangan anda. Tetapi diharap ada kesungguhan . Tidak mengenakan bayaran dan percuma. Cuma anda kena mengeluarkan sedikit duit utk membeli buku IQRA 1-6, buku tajwid dan yuran pendaftaran.


Ini merupakan blog yang saya terjumpa sekitar 2007. Blog ini ada keterangan lanjut tentang Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur .

Sekiranya ada masa saya akan uploadkan artikel-artikel tentang kelas-kelas mengaji sekitar WPKL & SELANGOR yang terdapat dalam majalah Nur itu.

salam perkenalan & akhirnya jari-jari ini menari juga







assalamualaikum, aku sendiri tidak pasti ingin mengarang apa. Terlalu banyak perkara yang ingin diperkatakan. Aku adalah lelaki yang menjalani kehidupan yang biasa saja. Biasa ke? Boleh la ha,ha. aku cuma lelaki yang biasa, bukan yang luar biasa yang berhasrat menulis blog sekian lama namun akibat sifat kemalasan yang melampau maka akhirnya dengan sisa-sisa kerajinan yang masih ada aku gagahi juga menulis. maaf ya aku tidak la sekacak Brad Pitt, macam yang dikatakan aku cuma lelaki yang biasa dilahirkan sempurna fizikalnya. Yang sebenarnya, semoga jari-jari yang menari buat kali pertama kalinya tidak berhenti cuba menulis, nulis sesuatu kerana kemalasan diri sendiri.kah,kah.