Friday, January 28

KECEWA TIDAK DAPAT BALIK KAMPUNG NAIK KERETAPI


salam, semua. kecewa sangat ingatkan nak naik keretapi siang untuk balik kampung. biasanya naik keretapi malam menuju ke utara tu. penuh da untuk esok hu,hu. macam biasa la balik kampung tidak berkesempatan nak berblog he,he. nanti kantoi gan keluarga aku. first class mahal sangat. shellnut@ringkasan penamat pada hari ini Selamat bercuti pada yang dapat cuti panjang tuh. macam aku nie cuti panjang tetiba jer ha,ha. apa-apa pun aku gembira sangat bila dekat dengan mak gan abah aku:)

Wednesday, January 12

NUKILAN KE 9 MASA 2

NUKILAN KE 8 MASA 1

Tuesday, January 11

SOLAT JUMAAT DI D'PALMA HOTEL AMPANG





Assalamualaikum, sempena 11/1/11 saya memaparkan beberapa gambar sekitar Solat Jumaat 7/1/11 di Hotel D'Palma. Seperti yang sedia maklum hotel ini merupakan hotel yang pertama seumpamanya yang dibenar mengadakan solat Jumaat. Berpeluang solat di sini kerana berada disekitar Ampang pada hari tersebut. Ramainya orang yang solat di Surau D'Palma. Pergh sampai pintu masuk sesak sekali. Inisiatif pengurusan Hotel telah merealisasikan perkara yang pada mulanya saya sendiri anggap mustahil. Sekalung tahniah pada kalian. Semoga berkembang maju dan diredhai Allah S.W.T sentiasa.

APA ITU PERKID MALAYSIA



Kebetulan semasa solat Jumaat di Hotel tersebut ada juga ruang pameran pertubuhan seperti PERKID MALAYSIA menyalurkan maklumat tentang persatuan ini. Pertubuhan ini membantu remaja Melayu Islam yang bermasalah daripada pelbagai segi. Laman web pertubuhan tersebut boleh dilayari untuk maklumat lanjut http://www.perkid.net/ . PERKID adalah singkat bagi PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL ISLAH MALAYSIA.




VIDEO YAYASAN SEKOLAH AL-QURAN KUALA LUMPUR


tahniah syazrulamran atas penghasilan video ini. tak sangka YSAQKL ada kemudahan bagi OKU penglihatan juga

Thursday, January 6

SELAMAT TAHUN BARU 2011


Assalamualaikum, tahun baru kini kembali, aku masih sendiri lagi he,he. Apa khabar semua? diharap sihat sentiasa & semoga kalian gembira dengan tahun baru ini. Diharap semua orang akan buat perubahan ke arah yang lebih baik sempena kedatangan 2011. Err termasuk aku ha,ha.
FROM BAD TO GOOD. Insyallah:)

Firman Allah yang bermaksud :

“Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang telah melakukan perbuatan melampau batas ke atas diri-diri mereka, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni keseluruhan dosa, sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Penerima taubat.” (al-Zumar, ayat 53)


Sabda Rasulullah s.aw. yang bermaksud :

“ Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seseorang hambaNya selama roh nyawanya belum sampai di kerongkong (hampir sangat kepada maut)” (riwayat Turmizi)

http://theninthgen.blogspot.com/2010_10_01_archive.html

PENDAFTARAN SEMESTER 2011 YSAQKL

AL OURAN BRAILLE PENYINAR PADA OKU PENGLIHATAN