Saturday, December 15

Pengalaman ke gimnasium (Bahagian 4)

15/12/2012 hai, hari ini kali keempat aku ke gim heh,heh. bro tu ajak pump pukul 4.30 tapi aku ada hal 5.30 baru sampai.
 
macam biasa la naik basikal kegemaran aku tu lepas itu aku ikut bro itu angkat benda-benda tu. sebenarnya aku memang tak larat. tapi dengan bantuan dia tolong angkat sekali ringan la sikit beban tu.
 
dia ajar aku cara angkat dumbbell cara betul. banyak kali aku silap heh,heh. aku sabar juga untuk fit badan ni.
 
sebab tak ramai pada waktu ini aku berkesempatan cuba kebanyakan alatan senaman kat sini.
 
apa lagi, owh aku lepak sorang sampai pukul 7.30 sebab bro 6.30 dah nak balik sebab dia tidak Solat asar lagi.
 

Pengalama aku di Pavillion

semalam pengalaman terbaru pada aku. walaupun aku tinggal di kuala lumpur dalam 11 tahun. Aku memang jarang keluar lewat malam. mungkin sebab didikan mak dan abah aku kot:) sebab walaupun kat kampung diorang memang larang aku dan adik lepak lama-lama kat luar. wajib bagi tahu ke mana-mana saja pergi. selalu mak gan abah akan kenal kawan-kawan kami.
 
aku terpaksa melalui jalan pintas ke pintu utama Pavillion . Aku panggil "sisi gelap Pavillion". Lorong yang dipenuhi dengan disco, pub dan sebagainya. Mesin ATM pun ada hi,hi.
 
Orang asing menari tarian Latin macam telenovela tu ha,ha. aku memang biasa bawa kamera tapi tak berani nak klik. ye la dengan pakaian pejabat lagi. budak melayu perempuan tak ingat la seksi  tak ingat. nasib bukan saudara mara aku.

Thursday, December 13

Pengalaman ke gimnasium (Bahagian 3)

12/12/2012 pengalaman kali ketiga ni. aku gi seorang-seorang saja. sebab member ajak "pump" pukul 6.00 petang sampai pukul 8.00 malam. mana boleh sebab aku habis kerja pukul 6.00. ptg. aku gi lepas solat Maghrib tapi member tu dah balik he,he. orang dah kahwin ada komitmen. dan aku meneruskan senaman ringan aja. naik basikal aja. lepak sampai 10.30. hujan lebat pulak. so , rasa lapar aku makan pulak nasi goreng pattaya. memang tak sedap la.

*aku kurang faham maksud pump bila di gim he,he pumping ke? nanti aku tanya member tu.

Tuesday, December 4

datang kerja lewat & bos tegur..salah aku:(


Tuesday, November 27

bosan di tempat kerja


salam, entahla sejak akhir-akhir aku rasa macam malas aja, sebab tu aku kata ini adalah azam yang pincang. kerja pun kurang dekat akhir tahun ni.

bukan nak buka internet selalu kot kan? aku sentiasa tunggu pukul 6 hu,hu

maafkan saya bos :(

Wednesday, November 21

Pengalaman ke gimnasium (Bahagian 2)

19/11/2012  hari ke dua aku gim..hari ini perit sikit...aku kena angkat benda-benda berat...kesannya esok badan aku terutama kat bahagian bahu rasa membengkak. sakit gila. nak angkat fail pun tak larat.
 
20/11/2012 hari tu tak ke gim sebab bro tu tak dapat hadir. aku baru kenal member-member bro tu. aku segan pulak bila bro tak da. sebab bahu aku sakit lagi aku pun malas nak pergi ha,ha

Pengalaman ke gimnasium (Bahagian 1)

Salam, apa khabar? lama aku mendiamkan diri he,he. hari ini terasa ingin menceritakan pengalaman pertama ke gim.
 
aku ikut bro yang aku baru kenal ni ke gim. memang baik la bro ni. aku dah lama kenal muka cuma baru-baru ni aku tegur dia. dia benarkan aku ke gim dengan dia. ada la juga beberapa orang kawan dia.
 
hari pertama aku kena buat beberapa rutin sememang aku tak larat nak buat ha,ha. terpaksa juga aku ke gim sebab berat
 
aku dah naik he,he gim mana aku tak nak bagi tahu he,he
 
bersambung..ha,ha

Monday, October 1

Pesta Buku Boco 2012

Wednesday, September 19

Syarikat Penerbitan Selut Press

nukilan & farouq



tidak semestinya benar,
tidak semestinya bohong,
tidak 100% melambangkan rasa hati,
cuma rasa ingin menaipkan kata,

sehingga kini saya tidak mengetahui atau malas ambil tahu maksud atau makna benar-benar apa itu nukilan he,he

diri saya yang sebenar jika dikenali memang biasa-biasa sahaja;)

Wednesday, August 15

Sahabat 18

http://che-armad.blogspot.com/2012/02/black-wallpaper-hd-part7.html

aku, mereka, kita dan kamu 17

Azam Yang Pincang 16

Tuesday, August 14

Hadi Mohd Sharkawi

Siti AishahYaacob

Senaman Elak Boroi, Buncit dan Sejalan ahak

Apa itu Scalogel?

Restoran Serama Herbal BBQ

Angela Collins Islam

Inspektor Zolkipli Abu Hassan

Shima

Forteen

Sunday, August 12

tahun ni 29 tahun ha,ha


assalamualaikum, kiranya aku dah semakim tua..wajah-wajah remaja kini sepenuhnya telah menampilkan lelaki dewasa..bilakah?biarlah cuma aku yang mengerti...
aku jarang-jarang akan mengupload artikel dan juga meletakkan nukilan mahupun monolog...aku masih di sini...
aku rasa Allah S.W.T telah mengabulkan salah satu daripada doa aku...aku perlu lebih menghargai dan bersyukur...
Ya Allah aku tengah berusaha ...tolonglah bagi kesempatan pada HambaMu...
Tamat..
Jumpa Lagi...aku akan berusaha menulis jika berkesempatan.
HIDUP INI SINGKAT....

ketulan berdenyut muncul lagi

pagi semalam tiba-tiba ada ketulan besar yang berdenyut kat betis aku..boleh nampak bergerak-gerak..seriusly sakit giler..klu ada orang waktu mesti aku dah pegang tangan untuk tahan sakit...mungkin lebih kurang 7 minit aku tahan sakit..rasanya ibarat kebas yang sakit..bukan kebas biasa.

aku ingat masa bulan 2 masa menghadiri kenduri kawan di langkawi..aku pernah alami nya..pagi baru bangun tido waktu subuh..yang lagi la boleh rasa ketulan kecil tapi bergerak dari atas ke bawah..waa aku tahan sakit sorang-sorang.

aku ingat sebab aku banyak berjalan kot..

Angah - Pulanglah Sayang (Ciptaan Sendiri)

Tuesday, August 7

terlepas waktu berbuka

hari ini aku letih skit solat Asar pun hampir pukul 7. sambil tunggu waktu berbuka aku baring jap atas katil. hu,hu aku terlelap. pukul 8.00 baru aku tersedar.

kelam kabut jadinya ha,ha


Saturday, August 4

akhirnya template terbaik hi,hi

template paling cun sekali ahak tapi mana pergi semua komen? dalam setiap post ada lagi.

aku menghabiskan duit lagi ;)

Gigi

RM420 untuk gigi..biasa la dah tua ha,ha gigi banyak lubang satu gigi RM80.

mula-mula untuk gigi aku bajet RM300 jer. putih berseri gigi aku sekarang:)

Kasut

Untuk kasut mula-mula bajet Rm150 jer tapi aku berkenaan dengan Converse RM230 di Dynamic Sport Unit G045 Sungei Wang Jalan Bukit Bintang. hu,hu warna hitam kulit pulak tu.

tapi aku buat keputusan beli kasut Sembonia adik beradik dengan Bonia kot. RM109.90 jer sebab harga asal RM200 ++.

aku beli dua kasut. design simple jer tapi kulit juga.


Jaket

jaket pula tak bercadang nak beli tapiii aku terpikat pulak. RM225 juga.

nasib aku bujang heh,heh

nampak gaya tak jadi beli rim gan tayar baru untuk moto. terlebih bajet sudah.


tengah layan lagu raya sorang-sorang sambil sekarang ni.

template baru..ok ke?

new template...tapi sementara aje..sedang cari yang lagi bagus ha,ha

Friday, August 3

insyallah aku akan bersangka baik...

bila member tidak angkat hp walaupun berpuluh kali telefon...
hilang kena curi:)

bila tgok orang tak puasa...
gastrik kot:)

bila tgok perempuan pakai kulit nangka...
non muslim rasanya:)

bila tgok laki pakai subang...
non muslim juga.

tgok couple gedik...
just married kot hu,hu

bersangka baik itu bagus...

Ramadan Dulu, Kini & Selamanya...Nukilan 15

Thursday, August 2

ada orang tak? komen la skit ahak segannya aku:)


http://meplusmytrainer.blogspot.com/2012/05/read-comment-please-thank-you.html

buang masa


well, I'm wasting my time again. ha,ha bosan giler. sedang rajin mengemaskini blog perniagaan aku tiba rasa bosan giler.

kawan? huh
kawan kalau dah berkeluarga dah ada member baru tempat baru lupakan kawan..tak la semua ha,ha
masih terkilan lagi ha,ha post tu aku dah delete. aku cuba bersangka baik saja.
hp hilang kot?
bercadang menvakum habuk, kemas buku dan mengemop..Oh, my bahasa Melayu kah,kah. tenangkan diri skit stres juga.
esok aku akan senaraikan apa yang perlu buat.
adik aku takda malam ni so lepak sorang-sorang kat rumah la..klu dia ada hari-hari mesti bergaduh erkk sikit jer ha,ha dia balik kampung.

kenapa berat aku tak turun ni hi,hi
sejak akhir banyak pula aku sembang sorang kehidupan personal aku kat orang.




Saturday, July 28

sikap yang baik

hari ini huh apa yang menarik nak tulis..ada waktu aku balik ke rumah sewa sebelum berbuka eerm aku perasan ada tumpahan tomyam di luar lif. aku abaikan. memang nampak kotor. dalam 15 minit lepas tu aku turun balik. tapi sekali gan uncle Chinese . apa yang aku perasan selepas uncle tu buang sampah berdekatan aku melihat dia ambil penyapu dan penyodok dan membersihkan tumpahan tomyam yang telah kering tu.

well, sikap yang baik.

Monday, July 16

Cadangan Calon Isteri

Daripada Jiran Kakak ku
Nak kenalkan aku dengan cikgu.

Daripada Rakan Pejabat
Nak kenalkan aku dengan jiran dia.

Daripada jiran mak di kampung
Nak kenalkan aku anak saudara dia rasanya lah ada MASTER lagi hu,hu tapi layak ke aku ni? Ha,ha

Aku buat keputusan biarlah kalau setakat kawan-kawan tu ok la. Aku kena khatam Al Quran dulu sebelum pegang tanggung jawab terbesar dalam hidup seorang lelaki.

Biarlah kebajikan ilmu akhirat untuk bakal keluarga aku sendiri bekalkan. Biarlah ada sedikit daripada tiada langsung.

Ini nak jadi imam pun tidak mahir lagi.
Lagipun kadang-kadang aku masih teringat pada …… hu,hu

Apa aku merepek ni ha,ha

Tuesday, June 12

Najmil Faiz Mohamed Aris KOSMO

Thursday, June 7

Teori Najmil Faiz Mohamed Aris


Sharing is caring. Agak sukar mendapat buku karya Najmil Aris ini. Maka saya mengambil sedikit peluang yang ada ingin berkongsi dengan anda semua. Saya telah mengimbas karya Najmil maka dengan ini anda semua boleh mengetahui kepayahan dan kesukaran Najmil menjadi seorang yang berjaya dalam hidup.

Umur saya dengan Najmil mungkin sebaya. Kejayaan dia memang melebihi apa yang dimiliki yang oleh saya sekarang. Tapi, sebagai hamba Allah saya bersyukur walaupun saya tidak menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi. Dengan ijazah sudah cukup bagi saya meneruskan hidup menempuh dugaan dalam alam pekerjaan. Secara terus terang saya memang malas nak belajar lagi sebab dah penat ha,ha.

Cuma saya berharap dapat membuka perniagaan sendiri satu hari nanti. Selamat berjaya semua;)

Jika ada masa saya akan masukkan dalam format PDF demi memudahkan anda semua membaca buku najmil.

Saya ingin berkongsi dengan anda semua.


Sila email saya dan dapatkan secara percuma kerana saya membuat ini bukan untuk mendapatkan keuntungan.



Kaedah pembelajaran Najmil Faiz

Apa itu MENTOR-MENTEE?

Buku Najmil Faiz Mohamed Aris (Part 1)

Buku Najmil Faiz Mohamed Aris (Part 2)

Buku Najmil Faiz Mohamed Aris (Part 3)

Buku Najmil Faiz Mohamed Aris (Part 4)

Buku Najmil Faiz Mohamed Aris (Part 5)