Saturday, July 28

sikap yang baik

hari ini huh apa yang menarik nak tulis..ada waktu aku balik ke rumah sewa sebelum berbuka eerm aku perasan ada tumpahan tomyam di luar lif. aku abaikan. memang nampak kotor. dalam 15 minit lepas tu aku turun balik. tapi sekali gan uncle Chinese . apa yang aku perasan selepas uncle tu buang sampah berdekatan aku melihat dia ambil penyapu dan penyodok dan membersihkan tumpahan tomyam yang telah kering tu.

well, sikap yang baik.

Monday, July 16

Cadangan Calon Isteri

Daripada Jiran Kakak ku
Nak kenalkan aku dengan cikgu.

Daripada Rakan Pejabat
Nak kenalkan aku dengan jiran dia.

Daripada jiran mak di kampung
Nak kenalkan aku anak saudara dia rasanya lah ada MASTER lagi hu,hu tapi layak ke aku ni? Ha,ha

Aku buat keputusan biarlah kalau setakat kawan-kawan tu ok la. Aku kena khatam Al Quran dulu sebelum pegang tanggung jawab terbesar dalam hidup seorang lelaki.

Biarlah kebajikan ilmu akhirat untuk bakal keluarga aku sendiri bekalkan. Biarlah ada sedikit daripada tiada langsung.

Ini nak jadi imam pun tidak mahir lagi.
Lagipun kadang-kadang aku masih teringat pada …… hu,hu

Apa aku merepek ni ha,ha