Wednesday, June 17

tidak pandai membaca Al-Quran?


Topik yang mula-mula sekali yang ingin diperkatakan adalah tentang kepandaian dan kelancaran anda samada golongan dewasa lelaki atau wanita diluar sana dalam tentang kemahiran membaca Al-QURAN. Sejak kecil lagi aku tidak memiliki kepandaian mengingati dan kelancaran membaca kitab suci. Dirinya hanya boleh memahami dan mengeja huruf jawi dikala Ting 1. Sedangkan aku belajar di sekolah agama rakyat sejak berumur 7-12 tahun. Bayangkan. Aku tidak menyalahi keluarga atas kelemahan diri ini. Diri ini sering terasa dan cemburu pada mereka yang pandai membaca kitab suci ini. Kini aku sekitar 20an dan telah bekerja. Sekitar tahun 2006 ketika menjalani praktikal aku telah terbaca artikel dalam majalah Nur yang bertajuk KEMBALI MENGAJI...bukan pilihan tetapi KeWAJIPAN hati ini tersentak seketika. Menyedari kekurangan diri. Ketika melanjutkan pelajaran di Universiti aku pernah ke mencari tempat untuk belajar mengaji. Tetapi mungkin pada ketika itu peluang serta masa yang terhad aku tidak berkesempatan lagi. aku sering tertanya adakah cuma aku yang berkeadaan begini? semoga ada usaha dari pihak universiti khususnya dari pusat Islam cuba mencari pelajar-pelajar Islam yang tidak mahir mengaji. Percayalah mereka ingin belajar tetapi tidak memiliki sumber di mana tempat untuk belajar mengaji terutamanya pada diri mereka yang telah dewasa ini. Malu?Segan? ada dalam diri ini kerana kekurangan ini. Aku bukan la sempurna mengerjakan solat cukup 5 waktu setiap hari. Tetapi mencuba membaiki diri ini. Menginjak dewasa membuatkan diri untuk berubah. Pada sesiapa yang ingin memcuba sila mendaftarkan diri anda di Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur yang terletak Jalan Yap Ah Shak.

Pada sesiapa yang ingin berubah tidak kira siapa anda samada anda penagih, lesbian, gay, pengkid dan sebagainya mungkin ini langkah pertama untuk berubah. Siapalah saya untuk untuk menghakimi anda. Cuma ini merupakan cadangan ikhlas dari saya. Tidak perlu anda merasa malu kerana tidak siapa yang akan mengetahui kisah silam anda. Andai anda merasa anda tidak pandai, lancar, tidak tahu usah la risau kerana kelas IQRA ini akan mengajar anda dari awal huruf serta sebutan bacaanya. Malahan jadual kelas juga fleksibel pada yang bekerja sendiri atau swasta. Bergantung pada kesenggangan anda. Tetapi diharap ada kesungguhan . Tidak mengenakan bayaran dan percuma. Cuma anda kena mengeluarkan sedikit duit utk membeli buku IQRA 1-6, buku tajwid dan yuran pendaftaran.


Ini merupakan blog yang saya terjumpa sekitar 2007. Blog ini ada keterangan lanjut tentang Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur .

Sekiranya ada masa saya akan uploadkan artikel-artikel tentang kelas-kelas mengaji sekitar WPKL & SELANGOR yang terdapat dalam majalah Nur itu.