assalamualaikum, hu,hu macam biasa tidak berkesempatan. aku terlepas lagi menulis pada 1/01/2010. alhamdulilah, ada saja rezekinya diberi olehNya. Berikan kesempatan pada diri ini ya Allah.
ingatkan nak buat entry pasal Maal Hijrah gan Krismas...terlepas lagi terlupa lak sibuk pun ada, buat-buat sibuk pun ada tapi kenyataan nya malas he,he.
hari sibuk dari pagi smpi petang banyak kerja. tiba-tiba ja bos minta gi sekali meeting. hu,hu lama sungguh tak presentation depan orang ramai. aku terpaksa... kalau boleh malas nak pergi walaupun benda yang dibuat senang saja...
nyamuk yang seekor asyik ajer mengigit aku. hampeh betul. jam hampir 3.45 pagi. apa perancangan untuk esok? hari lahir sultan selangor huh sedikit saja banner ucapan rakyat jelata tapi tidak apa esok cetakan selamat dari rakyat jelata dalam surat khabar berhelai-helai. cuti berturut-turut setiap jumaat pada bulan disember ini menenangkan kepala aku he,he. ah aku perlu mandi dulu sebelum tidur.
assalamualaikum, he,he Jumaat lepas 27/11/2009 kita menyambut AidilAdha. Hmm, seperti biasa aku tidak berkesempatan menulis. Asyik terlepas saja. Agak lama aku bercuti.