Monday, June 7

huh..

hampir setengah tahun, tidak ada apa-apa yang berubah, rasanya aku makin hilang kekuatan aku, dalam semua yang aku lakukan, kecewa amat..tapi ini adalah pilihan aku..no sense of humour huh actually everybody need it...

Tuesday, June 1

1st entry untuk bulan 6

erm hari ini 1/6/2010, terlalu banyak benda aku tidak dapat selesaikan pada masa yang tepat. Asyik bertangguh saja...

Tuesday, May 25

hampir setengah tahun dah....2010

cepat masa berlalu, umur pun meningkat, indahnya kalau dapat kembali, pada saat-saat dahulu, hidup tanpa masalah:)

Friday, May 7

slmt hari lahir mak & abah tercinta...

Mak...
kau yang pertama dihati ini...
tiada penganti dirimu...
hanya kamu ibuku..
dunia & akhirat..
aku ingin mak menemani ku sepanjang hayat...
aku tidak akan berdaya sekiranya mu tiada...
ya Allah sihat kan tubuh badan ibuku..
aku diam bila dekat denganmu...
tapi bila jauh aku sesungguhnya merindu kamu..
menyayangi kamu sentiasa...

Abah..
kelu aku bila bersamamu...
ingin aku bercerita denganmu kisah-kisah ku...
tapi aku tahu kamu menyayangi aku..
aku masih ingat kala aku melangkah ke U..
bersusah payah menebuk penyangkut baju..
bagi menandakan itu kepunyaan ku..
kala itu aku tidak mengerti..
bila teringat kembali ia menyentuh hati aku..

abang menyayangi kamu berdua..maaf diri ini jarang berkata-kata..tapi kamu tetap dihati ku...


Friday, April 16

nukilan kedua dari aku he,he


nukilan pertama dari aku he,he


3rd Mummy (Rom Mummy)

terbaca & terkejut tapi menarik campur hairan pun ada. macam mana boleh ditemui kat Mesir. Itulah kebesaran Allah S.W.T lebih mengetahui..
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2010&dt=0413&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm


GAMBAR menunjukkan keranda batu yang mengandungi mumia wanita zaman Rom di Oasis Bahariya, Mesir baru-baru ini.


Mumia Rom ditemui di Mesir


KAHERAH - Sekumpulan pakar arkeologi Mesir menemui satu mumia Rom kuno di dalam keranda batu di sebuah kawasan perkuburan purba bersama beberapa topeng gipsum, kata satu kenyataan Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir semalam.


Keranda batu sepanjang satu meter yang ditemui baru-baru ini merupakan ukiran seorang wanita memakai jubah bangsa Rom.


Mumia seorang wanita yang mati semasa zaman Greco-Rom kira-kira 2,300 tahun dahulu ditemui dalam keranda itu.


Kumpulan arkeologi itu turut menemui satu kepingan emas dengan ukiran empat anak lelaki Horus iaitu dewa langit tamadun Mesir purba dan beberapa bekas tanah liat serta kaca di Oasis Bahariya, sekitar 300 kilometer ke barat daya Kaherah.
Makam yang mengandungi 14 kubur itu pertama kali ditemui semasa kerja-kerja menggali dilakukan bagi membina sebuah pusat kegiatan remaja. - AFP