Wednesday, June 8

Antara Songkok, Kopiah dan Kain Pelikat

Antara Songkok, Kopiah dan Kain Pelikat

Semalam dan sebelumnya,
Aku berjemaah di surau,
Sempat hanya masa waktu Isyak sahaja,
Malam pertama rasa biasa saja,
Malam kedua agak luarbiasa,

Ada ceramah tentang situasi politik terkini,
Niat aku cuma ingin berjemaah,
Rasa ok ja sebab aku tidak peduli pun,
Situasi agak menjengkelkan,
Berlaku tika makan setalam dengan ahli surau yang lain,

Sedulang untuk empat orang makan,
Sedang menjamu selera nasi lemak sambal sotong kering,
Ada seorang pakcik…
Bertanyakan pada aku serta berapa yang sedang menjamu selera..

Nama apa?
Asal mana?
Yang ni biasa nampak, belajar ke kerja?
Duduk di mana?
Dijawab oleh aku dengan sopannya he,he

Tiba-tiba ada satu soalan yang sungguh menjengkelkan..
Pakcik : Adik perasaan tak apa-apa yang lain kat surau ni?
Aku : Erm, apa yang pelik?
Pakcik : kat sini semua pakai kopiah, adik sorang jer pakai songkok.
Aku : oo ye ke tak perasaan pun.
Pakcik : adik tau tak sejarah songkok?
Aku : entah tak ambil tau pun.
Pakcik : songkok ni bukan budaya kita…tau tak mana kita boleh tgok ramai orang pakai songkok ni?
Aku : owh…(dalam hati: aku tak gi pun perhimpunan UMNO)
Pakcik : pasal kat pelikat juga bukan budaya kita…dari India juga datang..orang-orang tua adik jangan kisah la..diorang dah biasa pakai kain pelikat..serba tak kena pakcik tgok orang muda pakai kain pelikat ni..lebih baik pakai seluar..senang nak gi mana-mana lepas abis solat..budaya Melayu yang sebenarnya Tengkolok..tapi orang-orang tu kata tengkolok tak praktikal nak pakai waktu apa-apa majlis. Biasanya kita tgok waktu majlis perkahwinan ja.
Mamat (yg makan gan aku) : tapi pakcik saya selesa pakai kain pelikat dan senang.
Pakcik : sebab kamu dah biasa.
Aku: dalam hati : sebolehnya-bolehnya nak cepat blah dari sini.

(Suasana makin panas jer ha,ha nasib baik nasi lemak dah habis maka cepat-cepat aku nak beredar)

Kesimpulannya aku akan mengambil kata-kata pakcik sebagai satu pandangan peribadi. Bercakap tentang politik aku memang tak pernah ambik tahu sangat. Alkisahnya malam ini dan seterusnya aku tetap akan ke surau pakai songkok, berkain pelikat dan berbaju melayu. Aku peduli apa dengan pandangan korang. Kain pelikat pemberian mak dan selalunya aku akan bawa lari kain pelikat abah aku setiap balik kampong ha,ha. Bab songkok pulak aku pakai sebab aku rasa agak kacak skit ;) ha,ha. Tetapi, memang niat aku hanya bersolat Isyak pada malam itu bukanlah bermaksud untuk memberitahu dengan bersongkok itu pandangan politik aku. Tiada niat langsung. Aku selesa memakai songkok. Itu je. Allah S.W.T sesungguhnya maha mengetahui hati hamba-hambaNya.

Isk,isk aku tak bersalah kerana bersongkok;(

0 comments: