pagi ini aku ke sebuah syarikat yang mengurus pendidikan kebanyakan tajaan kerajaan untuk mengurus pertukaran kursus adik bongsu.
aku minta untuk berjumpa pegawai berkenaan..seorang awek yang cun ada kat depan tu. sebenar aku memang nak berjumpa sebentar sesangat dengan pegawai tersebut..supaya permohonan aku akan diberi perhatian hu,hu aku mana ada kabel kuat nak tolong?
aku terdengar ayat TIDAK SABAR-SABAR suara perempuan daripada sebelah dinding...ha,ha terfikir juga ayat tu ditujukan pada aku ke??
agak-agak la bila bersuara jangan sampai tetamu dengar..telinga aku hebat cam telinga gajah he,he
aku sedia maklum keputusan akan diumumkan pada 15/6/2012. mungkin esok aku akan hantar salinan keputusan SPM adik aku.
tunggu la 15/6/2012 untuk keputusan rayuan..aku pasti aku orang yang paling kecewa sekiranya adik aku tidak dapat tukar kursus.
untuk masa depan adik aku memang la TIDAK SABAR, SABAR...ha,ha senyum je la.
adeh..kaki asyik kebas je hu,hu
NOTA KAKI: Terima kasih akhirnya dapat juga kursus tu he,he
tapi atas usaha aku juga susah payah aku hantar borang permohonan baru.
NOTA KAKI: Terima kasih akhirnya dapat juga kursus tu he,he
tapi atas usaha aku juga susah payah aku hantar borang permohonan baru.
0 comments:
Post a Comment