Monday, October 3

mereka yang berhati mulia

bercerita tentang orang asing bukan PATI nya ha,ha..maksudnya orang kita baru kenal aku merasakan masing ada sikap tolong-menolong. aku maksudkan situasi yang aku alami dalam masa sebulan ini.


Situasi 1


3 hari sebelum raya , sebelum balik ke kampung aku dah gian sangat hantar moto untuk dibasuh. lebih kurang dalam pukul 12.30 pagi selepas aku menyiapkan urusan aku ke Caltex, pergh rasanya berkilat sangat cam moto baru lak iyelakan lepas berbulan-bulan tak basuh he,he. tiba-tiba arghh moto tak hidup lak pulak..tension tul la ..aku member-member kat area sini tak ramai pulak. nak call yang dekat bila susah-susah baru nak call segan la..pembuka plug pun tak da..rumah dr situ dalam 2 km lak juga..aku mula tuntun moto tuh..tuntun pelan-pelan tetiba ada mamat nie tanya aku moto rosak ke ?dia tawarkan untuk tolak ala cam biasa orang buat tuh..alhamdulilah la selamat gak aku smpi kat rumah..aku sempat ambik no telefon ingat nak belanja makan..tetapi smpi skrg aku sibuk memanjang je ..insyallah aku call minggu depan ni.


Situasi 2


minggu lepas hari sabtu aku ke kenduri member. sebabnya aku jarang ke pekan ni. aku printkan peta rujukan. tengah bawa moto tup,tup kertas tu terbang pulah. ha,ha tension tul la dah aku tak tau. bersusah payah aku cross jalan ambik peta tuh.nasib baik tepi jalan. masa tu ada pakcik gan makcik ni. aku cuba la tanya diorang. betapa terharunya aku bersusah payah diorang nak tolong, siap nak tunjukkan jalan lagi. lepas tu, pakcik tu gi tanya uncle-uncle tu cam mana nak ke tempat tu. diorang pun memberi bantuan pada hemat aku memang ikhlas. jutaan terima kasih pada mereka yang menolong aku. semoga berbuat baik akan dibalas dengan sejuta kebaikan lagi.

0 comments: