monolog hari ini, bosan giler hidup aku gamaknya huh..nak cerita skit , cuma tidak pasti bila rasanya minggu lepas. hujan lebat sangat, aku kalau hujan memang bawa moto perlahan-lahan he,he iyelah sapa yang suka sakit kan kalau kemalangan ke apa ke he,he. kadang-kadang kalau kita fokus pada sesuatu mungkin kita akan lebih menyedari apa yang berlaku sekeliling kita. sambil bawa gaya bersiar-siar aku terperasaan seorang penunggang moto dengan pembonceng. bila diamati hanya seorang kanak-kanak perempuan rasanya la sebab keadaan samar-samar juga masa tu. ayah atau ibunya mengikat baju hujan pada badan budak tu dan agar menjadi anak kecil tidak terjatuh semasa membonceng moto. baju hujan tu juga dililit juga pada badan si ayah. tangan si kecil tu memeluk sekuat hati pinggang ayahnya dan aku tengok muka budak tu rasa kasihan pulak. sedihnya.. badan dia keciknya jer tapi laju la juga si ayah tu bawa moto. aku pula yang rasa ngeri pulak. nasib orang memang berbeza. huh..macam karangan jer?
Friday, October 28
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment