Monday, June 27

aku kena chalazion !

Chalazion
A chalazion is a small bump in the eyelid caused by a blockage of a tiny oil gland.


minggu ni aku tak berapa sihat nak menghadap komputer mata rasa berat sangat..aku rasa memang penat sangat..kelopak mata belah kiri membesar...hari-hari kena pakai cermin mata hitam ha,ha sekarang ni chalazion tuh dah surut...aku memang rasa sakit gan susah tapi bila ada kat hospital memang ada banyak situasi menginsafkan...aku dapat cuti sakit dekat 5 hari he,he memang syok cuti tapi cuti dalam keadaan sakit ha,ha bab situasi yang menginsafkan...aku ceritakan sikit..


Situasi 1

Aku tengok seorang nyonya ni yang telah kehilangan kaki bila dia bergerak akan ada kerusi yang digunakan untuk tampung keseimbangan badan dia...tetapi aku tengok betapa payah sangat dia nak bergerak...dia lagi susah daripada akukan?aku bersyukur sakit aku sikit ja.


Situasi 2

Aku tgok sesorang muda mungkin kena chalazion tapi aku rasa keadaan dia lagi parah dari aku separuh daripada muka dia membengkak terutama kat kawasan mata...


Situasi 3

Seorang pelatih Pulapol yang telah terkena chalazion pada kedua-dua matanya..sebelah memang dah baik tapi yang satu lagi baru jer kena bedah..mata dia dibalut dan aku masih nampak darah merah pada kapas tuh...aku rasa ngerinya memikir mata aku ni...


Situasi 4

Sedang enak menikmati salad kat kafe Hospital baru aku perasaan pemuda Cina semeja dengan aku tu kesakitan kerana sekilas pandang hampir separuh muka dia melecur teruk dan serta aku perasaan tangan dia pun melecur teruk... betapa susah dia makan dengan sudu..


Situasi 5

Melihat seorang makcik separuh abad berambut perang dengan cuping telinga hampir semua ditebuk lubang untuk subang. Situasi ini memang menginsafkan aku.


Aku bersyukur ini sedikit saja dugaan Allah SWT kepada aku.

2 comments: