Friday, November 18

Mereka tidak dibenarkan keluar solat Jumaat



minggu lepas, selepas solat Jumaat aku makan KFC. sambil menikmati ada siaran radio tazkirah tentang solat. aku kagum juga dengan pengurus yang bertugas pada itu. takzirah itu dimainkan sehingga tamat. tapi aku kadang-kadang tertanya-tanya?


adakah para perkerja lelaki solat pada hari Jumaat??


daripada pengalaman aku kebanyakan memang tidak bersolat kecuali mereka bercuti pada hari Jumaat. sebab aku sendiri berkerja sementara di McDonald ketika belajar di U. kebanyakan staff lelaki tidak solat. inilah penangan yang harus diterima oleh mereka. kebanyakan tidak dibenarkan keluar untuk solat Jumaat.


ANDA SOLAT, ANDA BOLEH BERHENTI KERJA,

ANDA TIDAK SOLAT ANDA BOLEH MENERUSKAN BEKERJA.

dan realitinya walaupun mereka berkeras ingin SOLAT JUMAAT. aku pernah menerima pandangan sinis daripada seorang pengurus wanita berbangsa Melayu yang beragama Islam bergaya ala-ala tomboy. apabila aku menyatakan aku solat Jumaat sebab aku itu datang lewat. adakah dia tidak faham bahawa lelaki wajib solat Jumaat seperti juga solat fardu. perluke aku jelaskan? nasib baik penolong pengurus seorang yang prihatin.


mungkin keadaan ini telah berubah 2-3 tahun ini?


mungkin pihak pengurusan KFC, McDonald dan sewaktunya perlu lebih prihatin tentang keperluan yang wajib pada umat Islam. memang ada pekerja yang ingin menunaikan solat Jumaat tetapi tuntutan masa berkerja telah membantutkan hasrat mereka.


Cadangan aku...


-perancang jadual kerja patut menjadual masa bekerja lelaki Muslim dalam pukul 3 ke atas pada hari Jumaat.


-tempatkan non-Muslim pada waktu bekerja semasa lelaki Muslim solat Jumaat.


-jabatan agama ataupun yang berwajib patut buat sesuatu (gubal undang-undang baru) tentang hal ini runsing tul aku tengok benda-benda ini huh.


tidak semua...kerana NANDO AMPANG POINT membenarkan pekerja SOLAT JUMAAT. ada dalam 5-6 orang.


tetapi aku tidak pasti samada mereka baru nak masuk bekerja, baru habis kerja atau masih dalam waktu bekerja he,he.

1 comments: